Saturday, December 9, 2017

Kesakitan Sendi Kostosteno

ANATOMI: Sendi kostosteno adalah sendi yg wujud di hadapan torak. Ada yg mengatakan bahawa ia bukan lah sendi yg aktif, walaupun begitu ia memainkan peranan dalam pergerakan torak semasa pernafasan dan membentuk ruangan utk organ paru-paru & jantung.

PATOLOGI: Sekiranya sendi kostosteno terlibat maka simtomnya seperti 1. SESAK / SUKAR UTK BERNAFAS PENUH
@ SAKIT SEPERTI MASALAH JANTUNG 2. BENGKAK KELIHATAN PADA TULANG STENUM 3. LIMITASI SENDI BAHU

RAWATAN: Membetulkan kembali kedudukan tulang kosto yg tersasar dengan teknik MANUAL TERAPI & Melancarkan perjalanan CAS2 MAGNETIK dengan teknik MAGNETIK MANUAL TERAPI.

Wednesday, August 9, 2017

[PHYSIO] KESAKITAN SENDI TEMPOROMANDIBULAR

INFO: Sendi temporomandibular adalah sendi yang terletak di rahang. Ia berfungsi utk mengerakkan mulut / rahang khusus semasa mengujah.
PATOLOGI: Ada beberapa punca dan penyebab berlakunya masalah ni:-
1. Gemar makan makanan keras
2. Tabiat tidur yg kerap meletak tangan pada kawasan telinga
3. Komplikasi dari jangkitan ENT & Infeksi
4. Disfungsi titik magnetik
SIMTOM
1. Sakit semasa mengujah / makan
2. Ngilu di kawasan sekitar pipi berhampiran dengan telinga
3. Kadang kala bunyi letup di dalam sendi
4. Bengkak di sekitar tempat sakit
RAWATAN:
1. Ultra Sound & terapi haba
2. Tusukan jarum pada titik magnetik RM 28 & RM 29
3. Manual terapi dgn pembetulan tulang yg tersasar