Wednesday, February 27, 2013

Kesakitan Kepala yang keterlaluan atau Migrine

Banyak punca yang menyebabakan sakit kepala. Salah satu sebab punca yang menyebabkan berlaku adalah tekanan pada salur darah basilar(lihat rajah). Tekanan pada salur darah ini terjadi kerana peralihan atau tersasarnya tulang atlas(lihat rajah) daripada kedudukan asal. Tulang atlas ini tersasar  kerana pesakit mengamalkan postur yang salah seperti tidur diatas sofa dengan leher bengkok searah, menonton atau membaca dengan kepala dan leher sentiasa ke hadapan, sentiasa melakukan kerja yang mendonggak ke atas dan pelbagai aktiviti yang boleh mengerakkan tulang atlas dari kedudukan asalnya. Gejala sakit yang sering pesakit mengadu yang berpunca dari tulang atlas yang tersasar adalah sakit bermula dari belakang leher kemudian bergerak di hadapan mata. Pesakit juga rasa pitam atau ingin pensan kadang kala keletihan yang keterlaluan. Rawatan untuk kes begini adalah membetulkan kembali tulang atlas yang tersasar di samping mengajar pesakit postur yang betul semasa di rumah, di tempat kerja dan semasa bersukan. Titik-titik trigger yang tersumbat juga akan dilepaskan dengan mengunakan kaedah manual terapi. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 0193808132(KLINIK FISIOTERAPI CT)

No comments:

Post a Comment