Simtom scalenus adalah suatu gejala penyakit anggota atas yang disebabkan oleh struktur seperti saraf brakial, arteri dan vena subklavian (lihat rajah yang diberi) terhimpit oleh otot scalenus. Di leher struktur saraf, vena dan arteri ini berada diantara otot scalenus, sekiranya otot scalenus ini kejang atau kependekkan maka ia akan menekan struktur2 berkenaan. Tekanan ini menyebabkan segala fungsi saraf brakial, arteri dan vena subklavian ini tidak dapat berfungsi lalu menyebabkan anggota atas yang terlibat bengkak, kebas dan pengaliran darah berkurangan. Bagi kes ini, langkah awal seorang ahli fisioterapis perlu memeriksa kepanjangan otot scalenus dengan merengangkannya, kemudian periksa saraf dan nadi pada anggota atas, sekiranya otot ini pendek, rasa kebas dan nadi berkurang maka sahlah penyakit ini adalah simdron scalenus. Cara merawat kes ini adalah dengan merengangkan otot scalenus, membetulkan kedudukan tulang klavikal dan manipulasi saraf brakial. Kami di klinik fisioterapi CT, merawat kes yang begini.
No comments:
Post a Comment