Ramai di kalangan pesakit saya yang mengalami kecederaan bahu. Ini kerana sendi bahu adalah sendi yang terbesar pada anggota atas dan bahagian yang banyak menampung beban. Kecederaan sendi bahu yang melibatkan otot dan tendon yang terkoyak melebihi 40% tidak boleh sembuh dengan sendiri. Semalam rakan saya seorang jurulatih bina badan yang mengalami kekoyakan tendon supraspinatus terpaksa menjalani pembedahan bahu. Ini kerana luka koyakan yang dialaminya melebihi 45%. Lihat rajah dibawah. Tendon yang terkoyak melebihi separuh tidak akan sembuh sendiri. Jahitan kembali koyakan itu dapat mencepatkan penyembuhan. Masa pemulihan selepas pembedahan adalah selama 1 bulan dan pesakit boleh kembali ke aktiviti sukan selepas 4 bulan. Kami di klinik fisioterapi CT merawat kes yang begini. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 0193808132.
No comments:
Post a Comment