34 Tahun perempuan mengadu kesakitan selama 8 bulan di bahagian
vargina setiap kali melakukan hubungan intim bersama suami. Pasangan ini
baru sahaja mendirikan rumah tangga. Kesakitan yang di rasa seperti
kepedihan awalnya kemudian dipertengahan dan akhirnya sensori vargina
seperti tiada rasa atau tiada saraf. Pesakit dan suami telah membuat
pemeriksaan dengan beberapa pakar O&G dan pakar perubatan selepas
sedar seperti ada masalah. Walaupun begitu doktor pakar mengatakan
pesakit tiada masalah atau abnormal pada varginanya. Keadaan ini
menjadikan hubungan mereka agak dingin kerana setiap kali bersama
masalah yang sama timbul sehingga menimbulkan ketakutan pada mereka
berdua. Setelah beberapa lama mereka datang ke pusat rawatan saya dan
mengadu masalah yang demikian. Setelah membuat pemeriksaan fizikal
khusus pada pinggul dan pinggang (tulang belakang) didapati tiada
masalah saraf atau tulang terhimpit di kawasan berkenaan. Oleh yang
demikian itu, saya membuat pemeriksaan pada laluan magnetik atau laluan
cas ( pada gelang, garis dan titik magnetik)-boleh rujuk pada rajah
diberi. Didapati gelang magnetik no 12, garis magnetik SL dan titik SL
14 ada masalah laluan cas-cas tersumbat tidak bergerak akibat dari
titik SL 14 tidak aktif. Keadaan ini menjadikan laluan tenaga di kawasan
pinggul khusus pada vagina tidak berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini
menjadikan vargina pedih dan kehilangan sensori.
Jadi rawatannya adalah dengan membetulkan kembali laluan
cas-cas atau magnetik agar sistem biomagneti di kawasan berkenaan
kembali normal. Alhamdullilah selepas 3 kali rawatan, kesakitan telah
berkurangan sebanyak 70 - 80% . Pesakit juga kurang rasa sakit dan
sensasi telah mula terasa semasa melakukan hubungan intim. Jadi
kesimpulannya masalah laluan cas-cas @ magnetik boleh menyebabkan
berbagai masalah yang tidak dijangka apabila melibatkan organ tubuh.
Rajah 1
Rajah 2
No comments:
Post a Comment