Nama: Gelendung magnetik(magnetic coil) di atas kepala. Segala tenaga cas-cas dalam tubuh terkumpul di sini. Sekiranya tubuh anda sedang sakit, cas-cas positif bertambah di kawasan ini.Garis-garis berwarna merah dan biru itu adalah garis magnetik yang berfungsi membawa dan mengawal cas-cas dari sekelilingnya.
Implikasi: Keadah SMT Manual Therapy akan mengurangkan cas-cas yang berlebihan diatas kepala dengan mengunakan aruhan tangan untuk mengurangkan sebarang kesakitan.
Monday, November 5, 2012
Gelundung magnetik di kepala dan proses mengurangkan kesakitan.
Monday, October 22, 2012
Titik magnetik di tulang belakang
Umum: Rajah di atas adalah titik magnetik yang wujud pada tulang belakang. Titik ini bukanlah titik akupuntur(sila rujuk pada lokasi dan bandingkan titik ini). Lokasi titik magnetik ini berada di atas cuaran spina tulang belakang. Di kawasan lumbar atau pinggang SP 4 berada di atas cuaran tulang L3, SP 5 di tulang L1 dan SP 6 pada tulang T11. Titik ini mengawal aktiviti cas di sekeliling kawasannya.
Indikasi: Merawat semua masalah tulang belakang seperti PID, slip disk,lumbago, selepas kepatahan tulang(2 bulan), spondylosis dan lain-lain.
Teknik rawatan: Tekan titik yang berdekatan dengan kesakitan dikawasan tulang belakang. tahan selama 30 saat dan ulang sebanyak 5-6 kali atau hilang rasa kesakitan pada titik magnetik yang terlibat.
Perbezaan titik magnetik dan titik akupuntur
Perbezaan titik magnetik dengan titik akupuntur 1) titik magnetik di susun teratur di atas garis magnetik manakala titik akupuntur di susun secara rawak di atas garis meridian. 2) sistem akupuntur menggunakan prinsip yin dan yang manakala sistem magnetik menggunakan prinsip cas +ve dan -ve. 3) akupuntur menggunakan teori unsur tanah, air, besi, kayu dan api manakala magnetik menggunakan teori cas 1+ve, 2+ve, 1-ve dan 2-ve. 4) terdapat 8 garis bagi magnetik manakala 12 garis bagi meridian. (SMT Manual Terapi, no tel 0193808132)