Showing posts with label manual terapi. Show all posts
Showing posts with label manual terapi. Show all posts

Wednesday, October 19, 2016

Kesakitan Myofasial Otot Quadrisep [ Thigh Myofacial Tighness ]

34 tahun pesakit lelaki mengadu masalah sakit paha kanan selepas 3 hari bermain fusal. Pemeriksaan otot di buat tapi tiada kekoyakkan pada otot quadrisep dan otot adduktor. Setelah itu pemeriksaan myofasial (sarung otot) dijalankan dan menunjukan keras dan bengkak pada myofasial otot quadrisep.  Myofasial adalah tisu yang menyaluti otot-otot badan secara keseluruhan seperti pakaian sarung sehingga seluruh badan. Kekerasan atau sakit pada bahagian tertentu menyebabkan bahagian lain juga akan terganggu. Setelah mengenal pasti masalah, rawatan meregang sarung otot(myofasial) secara manual pada bahagian paha dilakukan. 80% kesakitan mampu dikurangkan dengan mengunakan teknik rawatan ini.

Thursday, November 5, 2015

Vertigo dan Manual Terapi

Semalam  sempat merawat  seorang pesakit yang mengalami  masalah Vertigo. Vertigo adalah sesuatu masalah yg merasakan seperti perasaan berputar semasa duduk, berdiri dan baring. Penginap akan rasa pening, anda mungkin merasa seperti berputar atau  dunia di sekelilingnya  berputar. Banyak sebab berlaku keadaan ini, tetapi sebab yang saya temui pada pesaki ni adalah disebabkan oleh laluan cas magnetik di kawasan vestibular di telinga dan arteri  basilar di tulang vebteral  C1 terganggu  disebabkan oleh titik magnetik titik SL 20 & SL 21 tidak aktif begitu juga dengan garis magnetik SL  yg tidak aktif menghadkan laluan cas. Kami di sini merawat  masalah yang begini.