Tuesday, February 28, 2017
INFLAMASI (RADANG) LIGAMEN SAKROILLIAC
Sunday, October 25, 2015
Kesakitan Pinggang Bawah (L5 tersasar ke Lateral Kanan)
Pesakit berumur 56 tahun wanita telah hadir dengan mengadu masalah kesakitan pinggul. Beliau telah menjalani pemeriksaan x -ray tetapi tiada abnormal pada kedudukan dan tiada perubahan struktur di lihat. Pemeriksaan mekanikal pinggul dan sakral telah dibuat tetapi tiada masalah dicatatkan. Apabila saya memeriksa pegerakan tulang vebteral L5 menunjukkan tulang ni tersasar ke kanan sedikit dalam < 7 mm. Pergerakan rotasi dan sagital tiada masalah. Rawatan membetulkan kedudukan tulang tersasar kembali ke kiri dan MR 12 ( membetulkan laluan cas pada gelang magnetik no 12)
Tuesday, September 17, 2013
Simdrom Otot Pirifomis
22 tahun pesakit lelaki mengadu masalah sakit pinggul dan kebas bermula dari belakang paha turun hingga ke betis. X-ray telah diambil tetapi tiada masalah tulang pinggang kelihatan. Kemudian doktor telah membuat diagnosis yang pesakit menghadapi masalah sakit pinggang dan melibatkan otot saja. Kesalahan mendiagnosis penyakit menyebabkan pesakit tidak dapat rawatan yang tepat. Pesakit sebenar bukan menghadapi masalah sakit otot tulang belakang tetapi masalah otot pirifomis di kawasan pinggul yang keras lalu menghimpit saraf skatika (lihat kedudukan saraf skatika dan otot piriformis pada rajah yang diberi). Kependekan atau kekerasan otot ini disebabkan oleh posisi duduk yang salah dan lama. Baring dengan kedudukan paha dan betis yang terlipat ke dalam dengan masa yang lama boleh menyebabkan kependekan berlaku. Di klinik kami mula merawat dengan mengenalpasti dulu masalah yang pesakit hadapi. Rawatan awal untuk simdrom ini adalah dengan merengangkan otot pirifomis dan kemudian melepaskan saraf skatikal yang tersepit melalui kaedah manual terapi. Kesakitan kebas di belakang paha dan betis akan dirawat dengan menekan titik magnetik atau titik bioenergi disekitarnya. Sekiranya anda menghadapi masalah ini sila hubungi klinik fisioterapi CT di talian 0193801832.