Showing posts with label slip disk. Show all posts
Showing posts with label slip disk. Show all posts

Monday, February 27, 2017

SPINA: DEGENERATIF VEBTEBRAL L3/L4 & L4/5

~KAJIAN KES: Degeneratif pada end plate vebtebral L3/L4 & L4/L5 boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang. Ini berlaku akibat dari kesan aktiviti lasak semasa muda, sejarah kemalangan dan osteoporosis.
~SIMTOM: Sentiasa rasa sakit 'deep sharp pain' pada lumbar terutama semasa bergerak. Kebas berlaku sekiranya melibatkan himpitan saraf.
~MANUAL TERAPI: Rawatan manual terapi hanya mampu rawat vebtebral yang tersasar saja manakala kehausan boleh dikurangkan secara semestara melalui teknik MANIPULASI TITIK MAGNETIK SECARA MANUAL.
~PROGNOSIS: Boleh membantu dalam 40 hingga 60% dlm pengurangan sakit sementara.


Thursday, March 14, 2013

Skoliosis

Skoliosis adalah suatu penyakit di mana tulang belakang tersasar daripada kedudukan asal sehingga mengubah bentuknya yang lurus. Masalah ini berlaku disebabkan oleh beberapa punca iaitu perubahan hormon khusus bagi remaja, kelemahan otot tulang belakang, kemalangan dan himpitan saraf. Rawatan manual terapi ialah membetulkan tulang yang tersasar dengan kaedah senaman atau manipulatif bagi setiap tulang vebtebral yang terlibat. Titik-titik magnetik di sepanjang tulang belakang juga diaktifkan kembali supaya tenaga elektromagnetik disekitarnya berada dalam laluan yang betul kemudian membetulkan kedudukan tulang vebteral secara tidak langsung. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 0193808132.

Thursday, February 21, 2013

Rawatan masalah sendi di tulang belakang

Terdapat dua sendi di tulang belakang iaitu sendi faset dan sendi intervebtebral. Sendi ini penting dalam memainkan peranan untuk mengerakkan tulang belakang dalam apa jua keadaan. Lokasi sendi faset terletak ke tepi dari tengah tulang belakang manakala sendi intervebtebral terletak di tengah tulang belakang. Garis A mewakili sendi faset manakala garis B mewakili sendi intervebtebral. Memberi tekanan atau  urut dengan mengunakan jari dan minyak pada garis ini akan mengurangkan sakit pada sendi ini. Perawat boleh merawat pesakit mereka yang mengalami masalah tulang belakang dengan mengunakan garis ini. Sekiranya sakit tulang belakang sebelah kiri urut atau tekan garis disebelah kiri dan sekiranya sakit di sebelah kanan urut di sebelah kanan. Urutan tidak perlu terlalu kuat dan tidak terlalu ringan, tekanan atau urutan yang sederhana adalah yang terbaik.