Thursday, August 29, 2013

Gel disk terkeluar menekan saraf tulang belakang

Masalah ini merujuk kepada pesakit saya yang berumur 42 tahun. Punca asal masalah ini tidak diketahui tetapi pesakit mengatakan dia terjatuh dua kali pada dua bulan lepas. Akibat daripada ini dia mula mengadu sakit terutama pada waktu pagi selepas bangun. Selain daripada ini pesakit juga merasa kekuatan anggota bawah sebelah kanannya lemah terutamanya semasa hendak berjalan. Urutan tidak membantu menyembuh kesakitan ini. Urutan hanya mengurangkan sakit sementara saja. Punca utama kesakitan ini adalah gel yang menekan saraf. Rawatan yang boleh bantu masalah ini dengan mengurangkan atau keluarkan gel daripada menekan saraf ini. Kami di klinik fisioterapi CT ada menyediakan rawatan masalah ini tanpa pembedahan.

No comments:

Post a Comment