Wednesday, August 14, 2013

Sakit pangkal Ibu Jari

Sakit pangkal ibu jari disebabkan oleh beberapa aktiviti harian yang normal dengan tanpa kita sedari. Salah satu punca adalah memakai jam terlalu ketat sehingga menyebabkan pergerakan tendon ibu jari susah untuk bergerak atau pergerakan terhad. Tendon yang terhimpit ini akan bergeser dengan tulang dan otot di sekitar pergelangan tangan. Gejala yang sering diadukan adalah sakit semasa mengerakkan ibu jari, bengkak di sekitar tendon dan hilang kekuatan tangan. Selain daripada mengunakan ice atau haba pada tempat yang sakit, balut dengan bandage dan boleh mengunakan titik magnetik RA 39 untuk merawat tendon ekensor halusis dan titik SL41 untuk merawat tendon abduktor halusis.

No comments:

Post a Comment