Monday, August 12, 2013

Masalah sendi bahu

Kekoyakan tendon supraspinatus disebabkab oleh beberapa perkara seperti kemalangan, kecederaan sukan terutamanya sukan badminton dan tennis dan kebiasaan tidur diatas bahu tanpa batal boleh menyebabkan kekoyakan pada tendon ini. Selalunya pesakit yang mengalami masalah ini akan mengadu sakit bahu terutamanya semasa mengangkat lengan dari tepi ke atas dan semakin sakit semasa lengan mula lurus ke atas sebelah telinga. Rawatan awal mengunakan prinsip PRICE( P= posisikan kedudukan sendi bahu pada sudut yang tidak sakit, R=rest atau rehat 10 hari atau sebulan bagi koyak yang serius, I=ice, guna ice untuk kurangkan bengkak selama seminggu, C=compress atau balut dengan bandage bersama2 dengan rawatan ice dan E=elevation atau angkat lengan pada kedudukan tinggi agar bengkak yang disebabkan oleh gangguan sirkulasi dialirkan dijantung. Untuk keterangan lanjut boleh hubung saya di 0193808132-Klinik Fisioterapi CT

No comments:

Post a Comment