29 tahun pesakit lelaki telah mengadu sakit ibu jari sebelah kiri. Diagnosis doktor mengatakan pesakit mengalami masalah kekerasan otot di ibu jari. Selepas membuat pemeriksaan fizikal saya dapati otot ibu jari tiada masalah. Pesakit bebas mengerakkan ibu jari tanpa rasa sakit. Saya kemudiannya memeriksa struktur saraf di sepanjang lengan yang berkaitan dengan saraf ibu jari. Setelah membuat pemeriksaan saraf ini saya dapati saraf median (rajah yang diberi) mengalami kekerasan dibahagian siku. Rawatan untuk masalah kekerasan saraf adalah dengan kaedah manual terapi iaitu meregangkan saraf ini. Kami di klinik fisioterapi CT menerima dan merawat pelbagai kes-kes begini. Sila hubungi 0193808132.
No comments:
Post a Comment