Terdapat 5 ruas atau vebteral pada pinggang. Setiap ruas atau vebteral akan terdapat 3 sendi yang mengawal pergerakan pinggang (lihat rajah lokasi sendi facet ), dua sendi facet di kiri dan kanan ruas dan di tengah ruas pula terdapat sendi intervebteral. Sendi facet mengawal pergerakan rotasi atau pusingan pinggang, sekiranya sendi facet bermasalah disebabkan oleh kekerasan kapsul sekitarnya dan permukaan sendi telah haus maka kesakitan mula dirasai terutamanya semasa memusing pinggang. Untuk merawat masalah ini adalah perlu untuk membetulkan kedudukan ruas atau vebteral dahulu supaya sendi facet berada dalam aligment yang normal kemudian baru melembutkan kapsul sekitar sendi facet dengan kaedah manual terapi. Kami di klinik fisioterapi CT sentiasa menerima yang disebabkan oleh masalah ini. Untuk mengenal pasti masalah pinggang anda lebih lanjut boleh hubungi saya di 0193808132.
No comments:
Post a Comment