Monday, September 30, 2013

Kesakitan Saraf Skiatika bukan Masalah Tulang Belakang

Seorang pesakit telah hadir ke klinik untuk mendapat rawatan sakit tulang belakang. Pesakit belum pernah memdapat mana-mana pusat rawatan kerana inilah kalj pertama dia mengalami kesakitan yang teruk ini sehingga terpaksa mengambil cuti selama seminggu. Seperti biasa saya akan membuat pemeriksaan ke atas pesakit, selepas membuat beberapa ujian fizikal saya dapati pesakit mengalami masalah saraf skiatik. Rasa kesakitan kebas dan umpama kejutan elektrik bermula dari pinggul hingga turun betis dan ibu jari. Pergerakan tulang belakang penuh dan tidak sakit semasa bergerak. Kesakitan saraf skiatik berpunca dari beberapa perkara 1) keradangan sarung saraf skiatik yang disebabkan oleh pergeselan saraf dengan tulang sakral 2) Kekerasan saraf skiatik yang disebabkan oleh aktiviti menekan dan merengang saraf. Kami di klinik fisioterpi CT memang merawat masalah penyakit begini. Untuk temujanji sila hubungi 0193808132.

No comments:

Post a Comment